Imigresen Tahan 139 PATI, Premis Pelacuran Diserbu

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan komitmen mereka dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan penglibatan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Operasi Gegar yang dijalankan pada Ahad.

Dalam operasi yang dilaksanakan oleh JIM Putrajaya dengan kerjasama JIM Johor, seorang warga Bangladesh dan empat wanita disyaki PATI ditahan selepas cuba melarikan diri menggunakan kereta di sekitar Jalan Petaling.

Serbuan turut dilakukan di Jalan Imbi dan Jalan Pudu.

Hasil operasi, 139 individu disyaki PATI berjaya ditahan, termasuk 112 wanita, yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Tinjauan di premis mendapati beberapa bangunan dua tingkat telah diubah suai dengan bilik-bilik kecil untuk tujuan tidak bermoral.

Pengarah JIM menekankan bahawa operasi seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan agensi untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, menangani aktiviti jenayah dan pelacuran dan melindungi masyarakat daripada ancaman keselamatan dan sosial yang timbul akibat kemasukan PATI.

JIM turut menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tepat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat