Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarahkan agar mengesan seorang individu di laman TikTok yang dikenali sebagai @janggut.putih kerana memuat naik video rakaman pada tahun 2019 untuk menimbulkan rasa kemarahan masyarakat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, rakaman berdurasi 49 saat itu menjadi tular kerana ia sengaja diulang siar oleh pemilik akaun Tik Tok tersebut.
Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan MCMC untuk mengesan suspek yang memuat naik video tersebut untuk diambil tindakan selanjutnya.
“Terima kasih. Video ini dari tahun 2019, recycled (disiar semula) sengaja untuk menimbulkan rasa marah. Pihak MCMC akan kesan suspek dan ambil tindakan,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X miliknya pada Selasa.
Sebelum ini, seorang pengguna media sosial di aplikasi X @PejuangPH, telah memaut naik maklumat berkenaan akaun @janggut.putih kerana didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Baca juga: