Polis sedang mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah restoran di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang pada Khamis lalu.
Kejadian itu telah dikesan melalui sebuah video tular berdurasi selama 42 saat di media sosial yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 10 malam.
“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah menerima laporan dari mangsa yang merupakan serang pengajar pelaburan Forex.
“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah seksyen 170 dan 395 kanun keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan samun berkawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Zahari, sekiranya ada individu atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat bagi membantu siasatan berkaitan kes ini boleh tampil di mana mana balai polis berhampiran.
Difahamkan, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi ekoran kejadian ini yang boleh mengganggu siasatan.
Baca juga:







