Oleh: Aliyaa Azmi
MUSIM hujan datang balik, dan macam biasa kes influenza pun makin naik.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Dr Syed Khalid, seorang Pakar Perunding Neonatologi dan Pediatrik Am yang baru-baru ini tampil beri pesanan penting buat semua ibu bapa di TikTok.
“Sekarang ni musim influenza balik. Bila banyak hujan, lepas beberapa hari tu memang kita akan nampak kes naik terutamanya influenza A dan B,” katanya.
Menurut beliau, bukan semua kes influenza perlu masuk wad. Ada yang boleh dirawat di rumah saja asalkan dipantau betul-betul.
Tapi kalau dapat ubat antiviral (oseltamivir) lebih awal iaitu sebelum hari ketiga demam selalunya simptom akan cepat reda.
“Kadang-kadang baru dua, tiga dos je, demam dah mula reda,” katanya.
Dr Syed turut berpesan, sekiranya dalam rumah ada seorang yang sudah positif influenza, ahli keluarga lain yang mula menunjukkan simptom pun kena cepat-cepat rawat walaupun belum ‘swab test’.
“Kadang-kadang ujian boleh bagi keputusan negatif palsu, jadi lebih baik rawat awal,” katanya lagi.
Menariknya, doktor ni juga sempat mengingatkan yang ubat antiviral mahal, tapi vaksin influenza jauh lebih murah sekitar RM50 ke RM60 sahaja.
“Pencegahan tu lebih baik daripada perawatan. Prevention is better than cure,” pesannya.
Dr Syed pesan agar semua orang ambil langkah pencegahan awal, vaksin setiap tahun dan jaga kesihatan diri serta keluarga.
Baca juga:








