KEJAYAAN Stacy Anam dengan kemunculan Konsert Aku Stacy (Menggegar Kota U) semalam, membuktikan auranya masih relevan selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.
Memilih Sabah sebagai lokasi konsert solo pertamanya, Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 35, menyatakan sudah menjadi impiannya sejak mula bergelar penyanyi mementaskan konsert sulung di negeri kelahiran sendiri.
“Saya rasa puas hati betul malam ini. Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi kerana ini betul-betul ‘Stacy’ punya konsert.
“Siapa sangka saya bermula daripada bawah, sertai program realiti, keluar sebagai penyanyi dan kini mampu mengadakan konsert sendiri.
“Sebab itulah saya sangat berpuas hati dengan persembahan diberikan dan berharap semua peminat dan penonton terhibur,” katanya yang turut bergaya dengan 10 persalinan khas.
Konsert diakhiri dengan lagu ikonik Aku Stacy yang disifatkan Stacy sebagai pengenalan dan simbol jatuh bangun buat dirinya dalam bidang seni.
Diacarakan pelawak bersahaja, Atu Zero, konsert Aku Stacy (Menggegar Kota U) turut diserikan dengan kehadiran beberapa artis jemputan termasuk Amir Masdi, Elica Paujin, Hafiz Zainal dan Dabra Sia.
Baca juga:








