CALIFORNIA: Instagram hadkan akses siaran langsung untuk pengguna bawah 16 tahun apabila platform itu menetapkan kebenaran ibu bapa atau penjaga diperlukan sebelum remaja menggunakan ciri berkenaan.
Langkah itu diumumkan oleh Meta, syarikat induk kepada Instagram dan Facebook, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan ciri keselamatan ‘Teen Accounts’.
Pengguna bawah 16 tahun juga tidak lagi dibenarkan mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi sebagai satu ciri yang direka bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.
Meta turut memaklumkan bahawa ciri keselamatan itu akan diperluaskan ke platform lain miliknya seperti Facebook dan Messenger.
Kemas kini itu dijadualkan akan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum diperluas ke negara lain.
‘Teen Accounts’ mula diperkenalkan pada September lalu sebagai usaha untuk mengehadkan akses dan interaksi remaja terhadap kandungan tertentu, serta mengukuhkan perlindungan keselamatan digital untuk golongan muda.
Langkah ini juga selari dengan usaha pelbagai negara yang semakin aktif menggubal peraturan baharu dalam usaha melindungi kesihatan mental dan perkembangan remaja susulan peningkatan kebimbangan terhadap kesan negatif penggunaan media sosial.
Baca juga: