Oleh: Tyah Helmi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepentingan dan tata kelola negara mesti sentiasa mengatasi segala pertimbangan politik atau kepentingan mana-mana pihak.
Menerusi ucapan beliau pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional dan Penyampaian Anugerah Integriti, Governance And Anti Rasuah (AIGA) 2025, Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan tidak boleh mengabaikan mahupun mengorbanan kepentingan rakyat hanya kerana perbezaan pandangan politik.
Berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional dan Penyampaian Anugerah Integriti, Governance And Antirasuah (AIGA) 2025, Anwar menekankan bahawa kerajaan tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat hanya kerana perbezaan pandangan politik.
“Kerajaan tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat hanya kerana perbezaan politik, lantas integriti dan tadbir urus mesti kekal menjadi asas dalam setiap keputusan pentadbiran,” katanya.
Kata Anwar, jika kerajaan lebih mementingkan imej politik hingga mengabaikan keadilan kepada rakyat, ia menjadi sebuah bentuk penyalahgunaan kuasa dan bukannya tadbir urus.
“Kita harus sentiasa ingat bahawa integriti dan tadbir urus bukan sekadar slogan moden, tetapi nilai asas dalam membina semula negara selepas penjajahan,” ujarnya.
Dalam nada tegas beliau berkata, perjuangan kerajaan hari ini adalah untuk memperkukuh asas negara dengan berpaksikan integriti, keadilan dan tadbir urus berteraskan amanah.
“Perjuangan kita hari ini ialah memperkukuh asas itu dengan integriti, keadilan dan tadbir urus yang berteraskan amanah,” tegasnya.
Baca juga: