IPR-Intan bakal diperluas ke seluruh IPT – Rafizi


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengakui Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) akan diperluaskan ke seluruh Institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata tindakan itu akan dilakukan dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Terima kasih Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Insha-Allah tindakan diambil segera.

“Saya juga minta kerjasama KPT untuk perluaskan IPR INTAN di semua IPTA di seluruh negara,” ujarnya menerusi aplikasi X pada Sabtu.

Terdahulu, Zambry berkata beliau bersama Rafizi telah mengadakan perbincangan mengenai projek-projek pembangunan yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan di IPT-IPT di bawah KPT.

Untuk rekod, IPR-Intan yang diasaskan oleh Kementerian Ekonomi ini dengan Fasa 1 bermula Oktober 2023 di Putrajaya dengan penanaman cili secara fertigasi di atas tanah 10 ekar. Projek ini memanfaatkan 20 orang peserta yang mengendalikan 40,000 polibeg cili.

Pada November tahun lalu pula, tapak IPR-Intan diperluas ke seluruh negara bagi membantu lebih ramai mereka yang mahu mencari pendapatan menerusi pertanian.

Atas kejayaan itu, Kementerian menjemput mana-mana pihak menyertai inisiatif menerusi laman sesawang https://ipr.ekonomi.gov.my.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat