Israel bunuh lagi 100 rakyat Palestin

Oleh: Tyah Helmi

GAZA: Kira-kira 100 lagi rakyat Palestin dibunuh oleh rejim haram Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu.

Memetik Al Jazeera, rejim zionis secara terus melancarkan serangan udara dan tembakan yang bertubi-tubi ke atas Gaza sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap nasib masa depan perjanjian gencatan senjata yang dilihat begitu rapuh.

Agensi Pertahanan Awam Palestin turut memaklumkan empat rakyat Palestin disahkan syahid dalam dua serangan berasingan.

Kata agensi itu, mereka syahid akibat ditembak oleh rejim Israel ketika dalam perjalanan pulang untuk memeriksa kediaman mereka di kawasan Al-Shaff, timur kejiranan Tuffah, di timur Bandar Gaza.

Negara haram itu pula mendakwa bahawa mereka kononnya sedang melancarkan tembakan ke arah kumpulan militan kerana melintasi sempadan garisan kuning yang ditetapkan dan menghampiri anggota tentera haramnya itu di kejiranan Shujayea yang bersebelahan dengan kejiranan Tuffah.

Difahamkan, garisan kuning itu ditetapkan menerusi peta yang dipaparkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada 4 Oktober lalu sebagai sempadan dan lokasi pengunduran tentera Israel dan kekal ditempatkan di bawah perjanjian gencatan senjata pada baru-baru ini bersama kumpulan pejuang Hamas.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat