Israel-Iran masih berbalas tembakan

Oleh: Tyah Helmi

TEHRAN: Rantau negara-negara teluk kian terserlah ketegangannya apabila Israel masih berbalas tembakan antara satu sama lain.

Memetik berita antarabangsa Reuters, beberapa siri letupan dan hening cahaya jelas terlihat di langit Tel Aviv, malah penduduk turut menyatakan masih kekal gegaran dan bunyi letupan di seluruh kawasan metropolitan haram itu.

Manakala Tentera Israel pula mengesahkan bahawa mereka sedang melancarkan tindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran.

Menerusi kenyataan rasmi hari ini, Israel berkata, Iran telah melepaskan lima peluru berpandu balistik, bagaimanapun tiada kesan hentaman yang dikesan setakat itu malah tiada laporan kecederaan atau kematian.

Bagaimanapun, Israel dalam masa yang sama turut melancarkan serangan gelombang terbaru ke atas pusat penyimpanan dan pelancaran peluru berpandu di Iran.

Serangan berkenaan merupakan sebahagian daripada operasi berterusan Israel yang bermula pada Jumaat lalu dengan dakwaan bahawa Iran hampir membangunkan senjata nuklear.

Namun, Iran menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan aman sahaja.

Jelas Iran, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas beberapa lokasi di Israel sehingga menyebabkan sistem pertahanan udara negara itu diaktifkan sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, mengesahkan kebakaran kecil di sebuah bangunan kediaman di tengah Israel, dipercayai berpunca daripada serpihan peluru berpandu yang berjaya dipintas.

Pemerhati antarabangsa terus menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik ini merebak ke kawasan lebih luas, memandangkan kedua-dua negara menunjukkan tanda-tanda tidak mahu berundur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat