PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang memusnahkan Hospital Persahabatan Turki-Palestin yang merupakan satu-satunya pusat rawatan kanser di Gaza.
Wartawan Al Jazeera di lapangan melaporkan, lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan yang berlaku pada malam tadi ke atas Bandar Gaza.
Lapor berita itu, sekurang-kurangnya lapan ahli keluarga masih terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel.
Sementara itu, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menzahirkan kebimbangan bahawa sekurang-kurangnya 200 kanak-kanak dan lebih 110 wanita terbunuh dalam serangan terbaru Israel terhadap Gaza pada minggu ini.
Setakat ini, hampir 600 rakyat Palestin dilaporkan terkorban selepas Israel melanggar perjanjian gencatan senjata Gaza pada hari Selasa.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan kira-kira 49,617 rakyat Palestin telah disahkan terbunuh dan 112,950 lagi mengalami kecederaan ketika jenayah genosid oleh rejim haram Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
Baca juga: