Israel makin rakus, hampir 600 rakyat Palestin dibunuh

Oleh: Tyah Helmi

GAZA: Serangan udara tentera haram Israel yang tanpa henti semalam hingga pagi Khamis telah mengorbankan sekurangnya-kurangnya 85 rakyat Palestin di seluruh semenanjung Gaza yang menjadikan jumlah kematian mencecah hampir 600 orang.

Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut membalas serangan Israel berkenaan dengan melancarkan tiga roket ke arah negara haram itu, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Katanya, berikut merupakan serangan balas kumpulannya sejak Israel melakukan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata pada Selasa lalu.

Memetik Portal AP News, Ketua Jabatan Rekod Kementerian Kesihatan Gaza, Zaher Al-Waheidi melaporkan serangan Israel dalam tempoh tiga hari pada baru baru ini telah membunuh sekurang-kurangnya 592 rakyat Palestin.

Lapor portal itu lagi, Tentera Israel turut mengumumkan sekatan semula ke atas utara Gaza, termasuk Bandar Gaza.

Ujarnya, walaupun penduduk Palestin tidak dihalau keluar daripada kawasan tersebut, mereka tidak lagi dibenarkan keluar masuk dan hanya boleh bergerak ke arah Selatan Gaza dengan hanya berjalan kaki di tepian jalan.

Al Jazeera memaklumkan angka terkini rakyat Palestin yang terbunuh telah mencapai angka sebanyak 49,617 manakala 112,950 lagi mengalami kecederaan sejak jenayah genosid oleh tentera Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat