Isteri Faisal Halim Sahkan Fail Permohonan Cerai

ISTERI kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Nur Syazwani menerusi satu hantaran di Instagram Story, yang sekali gus menjawab persoalan mengenai status rumah tangganya.

“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan sebelum ini.

“Saya cuba pertahankan, tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya. Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat,” tulisnya.

Terdahulu, Faisal dilaporkan hadir ke mahkamah sekitar jam 2.30 petang bagi sesi sebutan permohonan cerai berkenaan.

Sementara itu, hasil semakan di akaun Instagram milik pemain sayap Selangor FC itu mendapati gambar-gambar bersama isterinya dipadam, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

“Mana ‘wife’,” tulis seorang pengguna, manakala seorang lagi meninggalkan komen ringkas berbunyi, “sesuatu”.

Namun, sehingga kini Faisal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan hasil perkongsinan hidup selama enam tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Dalam perkembangan berkaitan, rakaman video yang tular menunjukkan Nur Syazwani melayani pertanyaan media dengan tenang ketika ditemui di mahkamah.

“Kini bukan masa yang sesuai untuk menjelaskan,” katanya ringkas.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat