Isu Jalur Gemilang: Tiada layanan dua darjat, tetap siasat tanpa kira pihak

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada layanan dua darjat berhubung isu kesilapan Jalur Gemilang terhadap mana-mana pihak samada syarikat media tempatan, antarabangsa dan agenda kerajaan.

Menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua tanpa ada pengecualian.

Menurutnya, PM turut menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden sejak kebelakangan ini yang melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang yang menjadi lambat kedaulatan dan maruah negara.

Nashrul menjelaskan, kekhilafan kesilapan Jalur Gemilang yang berlaku hari ini adalah disebabkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan imej tersebut.

“Samada sengaja atau tidak, hakikatnya ia tetap menyentuh senstiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan,” tegasnya.

Beliau turut mengimbau kembali beberapa insiden melibatkan kesilapan pada Jalur Gemilang yang berlaku secara berturut-turut sejak mutakhir ini.

Antaranya ialah, insiden melibatkan akhbar Sin Chew Daily, terdapat sebuah syarikat luar negara yang menyertai pameran di Kuala Lumpur turut memaparkan video promosi yang menampilkan Jalur Gemilang tanpa anak bulan.

Setiausaha Akhbar PM, Tunku Nashrul Abaidah

“Ketiga, laporan Prestasi SPM 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia turut memaparkan bendera Malaysia yang tidak lengkap.

“Kini Kementerian sedang menjalankan siasatan dalaman,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengingatkan bahawa pihak kementerian perlu menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap elemen-elemen yang membawa identiti negara, terutamanya dalam dokumen rasmi yang melibatkan jutaan pelajar dan ibu bapa.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil memohon maaf atas kesilapan pemaparan ilustrasi Bendera Jalur Gemilang di dalam buku Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

Menerusi satu kenyataan media harini, KPM menyifatkan kecuaian tersebut tidak boleh diterima sama sekali.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat