Oleh: Dr Anuar Ahmad
ULASAN | Kita kena akui pendidikan ‘sedang tenat’ dan mesti diambil tindakan. Ini bukan lagi salah laku kecil. Bukan lagi setakat murid bising dalam kelas atau murid tak siapkan kerja rumah.
Ini sudah kes buli, rogol dan bunuh. Ini jenayah berat dalam kawasan sekolah.
Hari ini ramai ibu bapa semakin bimbang keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Murid-murid pula semakin takut nak pergi sekolah. Mereka dalam ketakutan.
Oleh itu, kerajaan mesti bina kembali kepercayaan rakyat pada sistem pendidikan negara. Mesti ada solusi jangka pendek dan jangka panjang.

Solusi jangka pendek melibatkan:
- pemasangan CCTV di semua sekolah,
- kenalpasti ibu bapa dan murid berisiko salah laku untuk hadir sesi kaunseling oleh kaunselor bertauliah.
- laksanakan audit keselamatan di semua sekolah.
Antara solusi jangka panjang:
- perkasakan penglibatan ibu bapa di sekolah.
- utamakan pendidikan keselamatan, kesihatan dan sahsiah bermula di sekolah rendah.
- tempatkan kaunselor bertauliah di semua sekolah (nisbah 1: 250 murid)
- kuatkuasa tindakan tata tertib pada mana-mana pihak pentadbir pendidikan di semua peringkat yg didapati telah menyembunyikan kes salahlaku murid dan guru.
“Bila salahlaku sudah luar biasa, penyelesaiannya juga mesti luar biasa”
*** Penulis adalah Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM)
Baca juga: