DI sebalik gesaan majoriti warga maya yang meminta Fadhlina Sidek meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, terdapat beberapa warga pendidik yang tampil mempertahankan figura Kementerian Pendidikan (KPM) itu.
Hanya dikenali sebagai Albaidhawi96, beliau menyatakan banyak jasa yang Fadhlina lakukan dan menobatkan wanita itu sebagai antara menteri pendidikan yang terbaik setakat ini.
“Saya seorang guru zaman madani/yb Fadhlina jadi menteri ni la paling best. RPH siap awal sebab tiada tulis macam-macam. Kedua, tuntutan perjalanan/perpindahan/kursus tidak sampai 24 jam duit masuk dalam bank. Ketiga, fasiliti di sekolah banyak dihantar seperti meja, kerusi, mesin cetak, pc, laptop dan lain-lain dan keempat baiki rumah guru semakin rancak.
“Dia tidaklah terbaik, sempurna, tapi dia lebih baik daripada sebelumnya since 2018 hingga sekarang. Netizen terlalu dangkal mempercayai fitnah dan menghina beliau,” katanya lagi menerusi Threads.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Thread menyatakan netizen hanya pandai meletakkan kesalahan terhadap orang lain melainkan diri mereka sendiri.
“Kes melibatkan empat pelajar itu, korang semua marah dengan KPM and Fadhlina Sidek sebab kejadian itu jadi kat sekolah. Katakan benda tu berlaku luar sekolah, awak semua nak salahkan siapa? Lagi pun banyak ‘statement’ dia kena ‘twisted by the media’. Kita ada akta dan undang-undang kita sendiri, ‘as a minister’ kalau dia pun tak follow siapa yang nak follow,” kata sirapix.
Tidak hanya itu, ada juga yang meminta warga maya bertenang dan fikirkan punca ianya berlaku dan bukan semata-mata menyalahkan Kementerian semata-mata.
“Kau nak expect apa? Nak expect menteri, cikgu jaga anak kau ke bingai? 24/7? Kau buat apa sebagai ibu bapa?” soal nadiaazl lagi.
“Stop lah salahkan goverment dan libatkan politik. Teruklah. Isu sebenarnya ialah pendidikan dari rumah. Parenting skill zero. Muhasabah diri lah. Jaga anak-anak sendiri. Media sosial adalah pembunuh utama,” kata Norsyiffaa lagi.
Terdahulu, beberapa kes membabitkan rogol dan tikam pelajar berlaku di sekolah mengakibatkan Fadhlina mendapat kecaman.
Baca juga: