KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan beberapa pegawai penjara susulan operasi yang dijalankan di Penjara Bintulu.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan pihaknya memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan rasuah melibatkan pegawai penjara serta menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
“Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan tindakan lanjut di peringkat jabatan berdasarkan hasil siasatan dan perundangan yang berkaitan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.
Tambah kenyataan itu, sebarang bentuk salah laku tidak akan dikompromi dan komitmen terhadap integriti, profesionalisme serta tadbir urus yang tinggi dalam perkhidmatan akan terus diperkukuh.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan proses siasatan dapat berjalan lancar tanpa gangguan.
Baca juga:








