Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Ambang tahun baru nanti akan menyaksikan himpunan mega oleh umat Islam dari seluruh pelosok negara menerusi Program Gema Syukur 2026.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menerusi kenyataan media pada Selasa, program yang juga kesinambungan program sama tahun lalu itu akan diadakan bermula malam esok, 31 Disember hingga 1 Januari, di Masjid Putra, Putrajaya.
“Antaranya, pada Malam Ambang Tahun Baharu akan diadakan bacaan Yasin dan doa selamat, tadabbur al-Quran, sesi podcast bertajuk Membina Ummah Rahmah, selain munajat dan doa keberkatan sempena awal tahun 2026.
“Manakala, program pada 1 Januari dimulakan dengan qiamullail seawal pukul 4.45 pagi, diikuti forum Subuh bertajuk Islam Mekar di Bumi Malaysia, serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, selain bantuan barangan makanan asas hasil kerjasama rakan strategik, MyFundAction,” ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, dijemput hadir mengimarahkannya sebagai tanda kesyukuran, muhasabah diri dan permulaan tahun baharu yang diberkati.
Baca juga:








