Janji Trump, Gaza berakhir dengan konflik

KETIKA Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat, dunia menyaksikan janji-janji besar untuk membawa keamanan ke Timur Tengah.

Namun, hanya beberapa bulan selepas gencatan senjata di Gaza, konflik kembali meletus dan seterusnya meninggalkan persoalan besar tentang keikhlasan dan keutamaan pentadbiran Trump.

Memetik laporan Al Jazeera, Trump, yang terkenal sebagai penyokong kuat Israel, didakwa mengambil ‘kredit’ atas gencatan senjata awal tahun itu.

Namun, tindakan beliau yang menyokong serangan baru Israel ke atas Gaza menunjukkan sebaliknya dengan janji damainya.

Malah, terdapat laporan bahawa beliau mencadangkan pelan kontroversi untuk memindahkan penduduk Gaza secara kekal dan membuka ruang untuk pembangunan kawasan tersebut.

Penganalisis politik, seperti Josh Ruebner dari Universiti Georgetown berkata, tindakan Trump lebih kepada mencipta tajuk utama daripada menyelesaikan konflik.

“Kita dapat melihat ketidaksungguhan Trump sejak awal, apabila beliau mula menyeru pemindahan paksa penduduk Gaza,” kata Ruebner.

Anda Mungkin Berminat