PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Bapa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa atas peranan mereka dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
Dalam titah baginda, Seri Paduka menekankan bahawa seorang bapa bukan sekadar penyokong keluarga tetapi juga sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak.
“Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang serta didikan yang tidak ternilai.
“Walaupun kadang kala tidak terucap dengan kata-kata, jasa dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati,” titah baginda.
Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan doa agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II.
Selamat Hari Bapa!