JAWI Labuan didik masyarakat tentang ibadah Ramadan menerusi Ops Ramadan-AMPUN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan Ops Ramadan-AMPUN pada 19 Mac 2024 di beberapa premis makanan di sekitar bandar Labuan, Sabah.

Operasi tersebut bertujuan mendidik masyarakat khususnya beragama Islam agar menghormati bulan Ramadan di samping berusaha mencegah golongan memandang enteng terhadap ibadah berpuasa buat masyarakat beragama Islam.

Sehubungan itu, operasi dimulakan pada pukul 9 pagi dianggotai seramai 11 orang Pegawai Peguatkuasa Agama (PPA) JAWI Labuan.

Pengedaran poster ‘Ramadan Dihormati, Ummah Dirahmati’ telah dilakukan dan dalam masa sama, diberikan penerangan kepada pemilik dan wakil premis agar mematuhi peraturan yang terkandung dalam Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).

Selain itu, PPA JAWI akan meneruskan aktiviti pemantauan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran peraturan dalam akta berkenaan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehiatan salah laku di bawah Seksyen 15 ‘Tidak Menghormati Ramadan’ boleh menyalurkan aduan di talian Penguatkuasa JAWI Labuan di 087-415311.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat