JAWI selesai siasat zikir pelik di kubur

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Siasatan mengenai isu zikir oleh sekumpulan individu di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur telah selesai dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris Allahyarham serta pelaku yang terlibat.

“Pihak JAWI akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pihak JAWI menasihati masyarakat Islam khususnya supaya tidak melakukan amalan-amalan yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, JAWI telah memanjangkan isu ini kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari aspek hukum syarak.

Pada 28 Disember 2024, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak sehingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat