Seorang pesakit bayi perempuan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, bayi itu mengalami penyakit “complex cyanotic heart – shon s complex with severe pulmonary hypertension”.
“Bayi tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemani oleh empat orang pengiring iaitu, ibunya, doktor dan dua orang jururawat bersama peralatan perubatan berikutan bayi tersebut memerlukan alat bantuan pernafasan (oxygen tank & ventilated) yang di kawal rapi oleh doktor dan jururawat sepanjang penerbangan.
“Penolong Penguasa Bomba, Amir Fitri Salim (Pilot 1) dan Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz bin Hj. Sulaiman (Pilot 2) yang mengendalikan pesawat Bomba jenis Mi-171 (M994-03) – Bomba 04.

“Selain itu, lima kru lagi terdiri daripada seorang jurutera pesawat (FE), dua AQM dan dua anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) berjaya memindahkan pesakit bayi tersebut bersama pengiring dan alatan perubatan dengan mengambil masa kira-kira 2 jam 18 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya, sebaik pesawat mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur, bayi tersebut terus dipindahkan ke dalam ambulans dengan di bantu oleh anggota PASKUB dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul untuk dibawa segera ke IJN bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya, semasa pemindahan pesakit dijalankan ketika di Kelantan, anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Bharu telah hadir bagi membantu proses pemindahahan itu.
Difahamkan, pesawat kembali semula ke hangar Airod, Subang dengan selamat sebaik sahaja tugasan selesai.
Baca juga: