JD.com luas operasi di Malaysia, buka lebih banyak peluang pekerjaan – PMX

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari ketiga lawatan kerja ke China dengan mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi syarikat e-dagang dan logistik terkemuka, JD.com.

Dalam pertemuan itu, JD.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia, khususnya dalam bidang logistik.

Anwar berkata, langkah itu selari dengan kedudukan strategik Malaysia yang berpotensi muncul sebagai hab logistik serantau, sekali gus mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Pada masa sama, JD.com juga menyatakan minat untuk membeli lebih banyak produk Malaysia bagi dipasarkan ke China,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan wakil China Semiconductor Industry Association (CSIA) yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor di negara itu.

Menurut Anwar, komitmen Malaysia untuk menjadi antara pemain utama semikonduktor global, sejajar dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

“Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat