Jemaah Menteri Terus Potong 20 Peratus Gaji, SSPA Fasa 2 Berkuat Kuasa Januari 2026

PARLIMEN | Perdana Menteri menegaskan bahawa semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji sebagai tanda keprihatinan terhadap cabaran ekonomi semasa dan komitmen solidariti bersama rakyat.

“Langkah ini, menurut beliau, mencerminkan semangat kepimpinan berhemat dan teladan moral kerajaan MADANI dalam mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan peribadi,” ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama, beliau mengumumkan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa pada Januari 2026, susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam yang diumumkan sebelum ini.

Pelaksanaan SSPA Fasa 2 dijangka meningkatkan keadilan dan daya saing skim gaji perkhidmatan awam termasuk menilai semula tangga gaji dan elaun agar selaras dengan tuntutan semasa serta kos sara hidup.

Langkah ini sekali gus memperkukuh keyakinan terhadap iltizam kerajaan untuk menambah baik kebajikan penjawat awam sambil memastikan pengurusan fiskal negara kekal berdisiplin dan bertanggungjawab.

Kedua-dua langkah itu iaitu pemotongan gaji menteri dan pelaksanaan SSPA Fasa 2 menjadi bukti nyata kepada pendekatan kepimpinan berjiwa rakyat dan tata kelola beramanah yang menjadi teras pentadbiran MADANI.

Anda Mungkin Berminat