Jenayah komersial di Pahang membabitkan kerugian sebanyak RM59.07 juta tahun lalu

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menyatakan sejumlah RM59.07 kerugian membabitkan jenayah komersial di negeri itu antara Januari hingga Disember tahun lalu.

Yahaya turut berkata penyumbang utama kepada kesalahan kes jenayah tersebut termasuk pelaburan tidak wujud dan penipuan pembelian secara dalam talian.

Berdasarkan statistik sepanjang 2023, sebanyak 9,026 laporan polis diterima dan 2,399 kertas siasatan telah dibuka.

“Menurut tangkapan tahun lalu, jenayah komersial menunjukkan pencapaian sebanyak 1,625 tangkapan berbanding 1,234 tangkapan pada 2022 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 31.7 peratus.

“Statistik pertuduhan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,176 pertuduhan pada tahun lalu berbanding 957 pertuduhan pada 2022,” ujarnya pada sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Rabu, lapor Berita Harian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat