PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan sesi Konsultasi Awam mengenai penyimpanan, pemeliharaan dan pendedahan data komunikasi bagi tujuan siasatan.
Langkah ini diambil susulan peningkatan kes jenayah siber seperti penipuan dalam talian yang membimbangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut MCMC, akses tepat pada masanya terhadap data komunikasi adalah penting bagi membolehkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
“Kami mahu memastikan keperluan siasatan dapat dipenuhi tanpa mengabaikan kepentingan awam dan hak privasi,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Konsultasi tersebut bertujuan mendapatkan pandangan daripada orang awam, industri dan pihak berkepentingan berkaitan bagaimana data komunikasi perlu diuruskan untuk tujuan siasatan.
Orang ramai digalakkan mengemukakan maklum balas secara bertulis sama ada dalam bentuk fizikal atau digital sebelum jam 5 petang pada 8 Ogos nanti.
Maklum balas boleh dihantar ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya atau melalui e-mel ke [email protected].
MCMC turut menyediakan dokumen konsultasi yang boleh diakses melalui laman rasmi untuk rujukan umum.
Baca juga: