Jijik, letak kaki atas kerusi panggung – Mierul Aiman


Oleh: Haikal Tajuddin

FILEM Kahar Kapla High Council yang bersiaran di panggung wayang ketika ini menimbulkan rasa tidak senang hati seperti yang disuarakan sendiri oleh pelakon filem tersebut, Mierul Aiman.

Katanya, sikap penonton filem yang meletakkan kaki mereka di kerusi hadapan sangat tidak beradab.

“Maaf bertanya, benda normal ke ini? sebab kali pertama saya nampak. Jijik dan selekeh,” katanya di aplikasi X sambil memuat naik gambar tersebut.

Dalam pada itu, Mierul yang memegang watak Fakhri itu turut beranggapan bahawa, individu tersebut sewajarnya lebih mengutamakan adab, walaupun dimana sahaja mereka berada.

“Kita ini maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.

“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” jelasnya.

Terdahulu, gambar tersebut tular di media sosial memaparkan tiga individu telah meletakkan kaki di atas kerusi di hadapannya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat