PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas, termasuk pemberhentian kerja, terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti songsang di bawah institusi Mara.
Menurutnya, jika terdapat pegawai atau staf Mara, termasuk di institusi pendidikan Mara, yang terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil.
“Langkah ini bukan sahaja bertujuan menegakkan disiplin di tempat kerja, tetapi juga untuk memastikan institusi Mara kekal selamat dan memelihara nilai moral di kalangan pelajar.
“Pengurusan Mara tahu pendirian tegas saya. Jika ada pegawai atau staf Mara terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya.
Hantaran beliau itu mendapat sokongan orang ramai, terutama daripada ibu bapa yang mengharapkan tindakan tegas demi memelihara akhlak dan agama anak-anak mereka.
Mereka menyatakan bahawa kepimpinan tegas sebegini penting untuk mengekang budaya songsang yang bertentangan dengan undang-undang dan nilai agama.
Ramai netizen juga menyuarakan kebimbangan mengenai pengaruh guru terhadap pelajar, terutama di asrama, dan menekankan kepentingan memantau tingkah laku staf bagi memastikan anak-anak dididik dengan nilai akhlak yang baik.
Baca juga:








