BANGKOK: Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo, beraksi dalam ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, menentang petarung berpengalaman, Diego Paez.
Pertarungan itu menyaksikan Jojo tewas kepada lawan berpengalaman Diego Paez menerusi keputusan ‘split decision’ yang berlangsung dalam kategori bantamweight Muay Thai.
Meskipun menunjukkan semangat juang tinggi, pengalaman Paez menjadi faktor utama dalam kemenangan beliau.
Jojo sebelum ini telah mencatat enam kemenangan dalam ONE Championship termasuk lima menerusi KO dan dua kekalahan.
Kekalahan ini pastinya menjadi pengalaman berharga buatnya dalam memperbaiki strategi dan persiapan untuk perlawanan akan datang.