PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini sekali lagi menafikan dakwaan kononnya sistem pencen kerajaan akan mengalami perubahan bermula 1 Januari 2025 seperti yang ditularkan di media sosial.
Menerusi kenyataan di akaun Facebook rasminya, JPA turut menegaskan bahawa tiada sebarang pembatalan pencen melibatkan pegawai awam sedia ada.
“Sebarang maklumat berkaitan pencen perlu dirujuk kepada sumber rasmi kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Dalam masa sama, JPA mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bahagian Pencen JPA turut tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa maklumat tular itu tidak datang daripada pihaknya mahupun Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
“Jika kalian terima, abaikan. Rujuk sumber yang sahih dan ayuh kita doakan agar insan yang mengadakan ‘cerita tidak benar ini’ diberikan petunjuk,” katanya.
Baca juga:








