PETALING JAYA: Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengurusan elaun bagi memastikan ketelusan dan menutup ruang ketirisan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, naziran elaun akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan penjawat awam menerima hak mereka dengan adil.
“Naziran elaun ini penting bagi menutup ruang ketirisan serta memastikan setiap penjawat awam menerima hak mereka dengan telus dan adil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
“Pesara adalah aset negara. Program Santuni Pesara ini bukti kerajaan tidak pernah melupakan jasa mereka,” katanya lagi.
Menurutnya, pendekatan Holistik, Efisien, Menyeluruh, Akauntabel dan Telus (H.E.M.A.T.) turut diperkenalkan bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam.
“Pendekatan H.E.M.A.T. dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan elaun dan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam,” katanya.
Baca juga: