JS-SEZ: Kerjasama luar biasa Malaysia-Singapura

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diiktiraf sebagai inisiatif kerjasama yang luar biasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kepercayaan dan dasar bersama antara Malaysia dan Singapura menjadi asas kepada program ini yang diyakini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan keyakinannya bahawa JS-SEZ akan memacu ekonomi melalui pelaburan yang menguntungkan Malaysia dan Singapura.

“Saya fikir ia sepatutnya menjadi tumpuan yang sangat penting untuk Malaysia dan Singapura juga untuk rantau ini untuk ASEAN dan melangkaui darinya,” katanya.

Awal bulan ini, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian JS-SEZ semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan menarik pelaburan.

JS-SEZ adalah projek pembangunan mega yang merangkumi kawasan seperti Pembangunan Iskandar, Desaru, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas, Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai, Skudai dan Sedenak.

Zon ekonomi itu disasarkan untuk menarik 100 projek dalam tempoh 10 tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat