Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) menawarkan pengurangan saman atau kompaun terpilih bersempena 50 Tahun Penubuhan Wilayah Persekutuan dan Ulang Tahun PPj ke-28.
Orang ramai boleh hadir ke Dewan Seri Siantan Kompleks PPj bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan mendapatkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus tersebut.
Selain itu, kompaun terpilih yang ditawarkan tidak termasuk bagi kesalahan kemalangan, saman NC (non compaundable); saman bertatus Op Selamat; saman bicara mahkamah; saman berkaitan kenderaan berat M/Lori.
Diikuti dengan saman kesalahan potong secara bahaya, saman kesalahan menggunakan laluan kecemasan; saman tidak patuh isyarat lampu merah; saman kesalahan memotong di garisan berkembar dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.
Manakal bagi Kempen Jom Bayar Kompaun atau Saman kepada Perbadanan Putrajaya, orang ramai boleh hadir ke Lobi Dewan Seri Melati, Kompleks PPj juga bermula pada masa yang sama.
Di samping itu, kadar bayaran yang ditawarkan bagi kompaun atau saman oleh pihak PPj bermula dengan kompaun biasa iaitu RM 10.00 dan RM30.00 bagi saman mahkamah.
Secara tidak langsung, kepada semua rakyat yang mempunyai kompaun atau saman, wajib hadir ke Hari Terbuka Putrajaya tahun ini.
Baca juga: