Seorang lelaki yang menjalankan kegiatan haram dengan cara menggodam bagi menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang haram atau dark web berjaya ditahan pada 25 Disember lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, suspek berusia 24 tahun itu di tahan di ibu negara akibat disyakti menjual data di laman sesawang terbabit pada harga AS$200 (RM927) untuk setiap set data.
Katanya, urusan pembayaran dibuat dalam bentuk mata wang kripto.
“Pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK.
“Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember (Jumaat) lalu sementara siasatan dilengkapkan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Baca juga:







