Jumlah mangsa banjir di Sook meningkat, tiga PPS dibuka

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Sook, Sabah terus meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, peningkatan itu susulan pembukaan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir yang melanda beberapa kawasan berisiko. Kini, sebanyak empat kampung dilaporkan terjejas.

Antara PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Molosok Dalit yang dibuka pada 1 Mei dan menempatkan 69 penduduk daripada 23 keluarga.

Sementara itu, dua lagi PPS dibuka pada 2 Mei iaitu di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Keningau 2 yang menempatkan 206 mangsa daripada 64 keluarga serta Dewan Kampung Ansip Tengah yang menempatkan 117 penduduk daripada 39 keluarga.

Setakat ini, tiada korban jiwa dilaporkan namun jumlah mangsa dan kampung terjejas menunjukkan peningkatan.

Operasi pemantauan dan penyampaian bantuan diteruskan secara bersepadu di lokasi terlibat, manakala penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat