Kabinet Perpaduan Sabah Garis Hala Tuju Makmur, Progresif

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri perpaduan yang baharu dibentuk berikrar untuk bekerjasama rapat dalam memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita mempunyai keupayaan yang kukuh untuk melaksanakan perkara ini, berdasarkan pencapaian pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lalu.

“Kita bersedia melancarkan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif pada tahun 2026,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Fokus kepada kestabilan politik dan pembangunan berterusan
Ketua Menteri berkata, kejayaan lima tahun lalu adalah hasil usaha dedikasi untuk mewujudkan kestabilan politik dan persekitaran kondusif bagi pembangunan.

Beliau menekankan bahawa kesinambungan kemajuan hanya dapat dicapai dengan memperkukuh Kerajaan Negeri.

“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” tambahnya.

Hajiji turut menegaskan komitmen beliau sebagai pemimpin untuk semua rakyat Sabah.

“Saya adalah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis terhadap latar belakang, kaum atau agama mereka,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, Hajiji turut mengumumkan portfolio bagi 17 timbalan menteri yang telah mengangkat sumpah pada Selasa.

Senarai portfolio Kabinet Negeri Sabah:

  • Jabatan Ketua Menteri: Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Datuk Isnin Aliasnih (GRS), Datuk Mandela Malakun (GRS)
  • Kerja Raya dan Utiliti: Datuk Limus Jury (GRS), Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)
  • Kewangan: Datuk Ben Chong (GRS), Datuk Ishak Ayub (STAR)
  • Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan: Datuk Jonnybone Kurum (GRS)
  • Kerajaan Tempatan dan Perumahan: Datuk Fairuz Renddan (Bebas), Datuk Maijol Mahap (Bebas)
  • Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan: Datuk Haji Ruslan Muharam (GRS), Datuk Hendrus Anding (GRS)
  • Pembangunan Luar Bandar: Datuk Samad Jambri (GRS), Datuk Juil Nuatim (GRS)
  • Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi: Jordan Jude Ellron (Bebas)
  • Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar: Dr. Andi Rizal (GRS)
  • Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat: Datuk Rina Jainal (Bebas)

Anda Mungkin Berminat