Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau pencen berada di peringkat akhir selepas 10 tahun tidak dikaji dan sangat adil untuk diperbaiki.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian tersebut penting dalam meningkatkan kadar upah penjawat awam yang 10 tahun tidak dinaikkan.
“Kita sedang mengkaji dan saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz supaya memberikan sedikit ruang dan kelonggaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Terdahulu, Anwar berkata, sudah tiba masanya proses tersebut dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara dan penelitian tersebut akan diumumkan kerajaan akhir tahun ini.
Difahamkan, Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) telah dikuatkuasakan sepenuhnya malah tribunal kepada akta tersebut akan bermula sebagai platform alternatif mengendalikan kes seumpama itu.
Baca juga:








