Kamil Munim ziarah pejuang seni Yasin Sulaiman

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: “Mujur ada teman seperjuangan, menyatakan kita harus teruskan perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak, pada Khamis.

“Alhamdulillah, hari ini saya ke Tambun bagi menghadiri beberapa acara kawasan mewakili YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun.

“Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan,” kongsinya di laman Facebook.

Kamil Munim turut menyelitkan beberapa bait puisi daripada lagu ‘Sepi Perantau’ oleh kumplan Brothers karya yang pernah dilantunkan oleh Yasin sendiri.

Melodi ‘Sepi Perantau’ merupakan rangkap lagu yang menggambarkan perasaan serta cabaran hidup seseorang yang merantau yakni jauh dari kampung halaman, keluarga dan teman-teman.

Maksud tersirat berkait lagu itu membawa mesej kerinduan, kesunyian serta keperitan hidup di perantau namun disematkan dengan semangat perjuangan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

Pada 28 April lalu, Yasin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Untuk rekod, Yassin Sulaiman kekal menjalani rawatan di Hospital Bahagia selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada tahun lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat