Seorang kanak-kanak yang terperangkap hampir setengah jam dalam kereta telah diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
APM Daerah Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan kes mangsa terperangkap dan terkunci dalam kereta di Jalan Bukit Bintang pada malam Isnin.
Pasukan penyelamat dan EMS APM Kuala Lumpur terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.
Setibanya pasukan penyelaman APM di lokasi kejadian, mendapati seorang kanak-kanak berumur dua tahun terperangkap di dalam sebuah kenderaan dipercayai milik bapa mangsa.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat telah bertindak membuka pintu kenderaan tersebut.
Dilaporkan, pintu berjaya dibuka dalam masa lebih kurang 10 minit dan kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan serta dikeluarkan.
Sejurus selepas itu, pemeriksaan kesihatan telah dilakukan oleh pasukan EMS terhadap kanak-kanak itu.

Sebelum kejadian menjadi kelam kabut, bapa mangsa dipercayai telah tertinggal kunci kenderaannya bersama anaknya itu selepas memakaikan lampin dan pintu telah terkunci lebih kurang pukul 8.30 malam.
Baca juga: