Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada Sabtu.
Menurut kenyataan, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang semasa keluarga mangsa menunggu waktu bagi menunaikan solat zuhur.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.
“Maklumat yang diperolehi daripada keluarga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) cuma menunjukkan kanak-kanak itu berada bersebelahan dengan tasik.
“Pasukan penyelamat di air (PPDA) yang diarahkan untuk menyelam telah menjumpai mangsa pada jarak tiga meter daripada tebing tasik pada pukul 4.25 petang.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: