Oleh: Tyah Helmi
IRAQ: Dua kapal tangki minyak dilaporkan terbakar di perairan Iraq selepas dipercayai diserang Iran.
Memetik Reuters, sebuah bot yang penuh dengan bahan letupan dipercayai digunakan dalam serangan tersebut sehingga menyebabkan kebakaran besar di atas kapal dan meragut nyawa seorang kru kapal tangki terbabit.
Manakala, dalam insiden berasingan pula menunjukkan beberapa peluru disasarkan ke atas tiga kapal dagang yang berada di perairan Teluk, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan penting dunia.
Setakat ini, kira-kira 2,000 orang dilaporkan terkorban akibat pertempuran yang berlarutan.
Situasi itu turut menggoncang pasaran tenaga global apabila kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak semakin meningkat.
Harga minyak dunia sebelum ini melonjak hampir AS$120 setong pada awal minggu sebelum turun ke sekitar AS$90.
Namun, harga kembali meningkat hampir lima peratus selepas laporan serangan terbaharu tersebut.
Dalam masa sama, Iran memberi amaran dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan harga minyak mencecah AS$200 setong sekiranya ketegangan serantau terus memuncak.
Jurucakap perintah ketenteraan Iran berkata, kestabilan harga minyak bergantung kepada keselamatan di rantau itu yang menurutnya telah terganggu akibat tindakan ketenteraan AS.
Baca juga:








