KBS anjur kejohanan e-sukan, tawar hadiah RM250,000

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) akan menganjurkan Malaysia Esports Championship (MEC) 2024, acara untuk merancakkan industri e-sukan negara pada 6 Januari ini bertempat di ESI Hub, Spacerubix, Puchong, Selangor.

ESI menerusi kenyataan memaklumkan anjuran kejohanan itu sejajar dengan komitmen KBS bagi mengembangkan industri ini menerusi Pelan Pembangunan e-sukan KBS 2020-2025.

“MEC berperanan untuk tingkatkan komuniti e-sukan di Malaysia sekaligus menjadi platform terbaik untuk merancakkan pertumbuhan budaya game di Malaysia.

“Banyak e-sukan yang di adakan sempena MEC ini antaranya PUBG, Mobile Legends, Dota 2, Tekken 7 dan beberapa lagi judul Esukan yang lain,” ujarnya pada Rabu.

Tambah ESI, kejuaraan ini bakal merebut hadiah wang tunai berjumlah RM250,000.

“Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua, dan untuk makluman bagi MLBB dan PUBG juga bakal disertai oleh pemain Esukan profesional berdasarkan rekod kejohanan mereka.” katanya.

Cara mudah untuk anda mendaftar adalah dengan melayari www.esukan.gg, dan jemput ahli-ahli pasukan untuk menyertai pasukan anda.

Untuk info lanjut mengenai MEC2023/24 sila ikuti media sosial rasmi @esportsintergrated.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat