KBS peruntukan RM1 juta untuk perkasa program Rakan Muda di semua IPT

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda di institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi 2024.

Pelaksanaan tersebut dibuat menerusi Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT).

“Program tersebut merupakan inisiatif yang digerakkan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan mengadakan pelbagai pengisian antaranya bengkel kreatif, klinik sukan & rekreasi dan kelas muzik tradisional,” jelas kementerian menerusi satu kenyataan di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Sementara itu, SRM IPT merupakan sekretariat khusus yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bertujuan untuk melaksanakan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda.

Difahamkan, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sekali gus dapat menyerlahkan potensi dan membentuk sahsiah dan jati diri yang baik dalam kalangan pelajar IPT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat