Oleh: Alyaa Azmi
PARLIMEN | Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia diunjurkan meningkat kepada 5.9 peratus, berbanding penguncupan 6.2 peratus pada 2020.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemulihan ekonomi negara dalam tempoh empat tahun menunjukkan perkembangan positif, termasuk dalam pelaburan dan kadar inflasi.
“Jika dilihat pencapaian makroekonomi 2024, ada beberapa indikator yang melegakan. Pertumbuhan ekonomi stabil, inflasi terkawal pada 1.8 peratus, dan pelaburan meningkat 12 peratus.
“Bursa Malaysia juga mencatat kenaikan 12.9 peratus, tertinggi dalam tempoh empat tahun,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata demikian Ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen pendang, Datuk Awang Hashim megenai prestasi ekonomi negara pasca pandemik.
Menurutnya, meskipun pertumbuhan ekonomi perlahan sejak 2020, KDNK 2024 mencatat 5.1 peratus, antara yang tertinggi di rantau ini.
“Prestasi ini turut memberi manfaat kepada rakyat. ASB mencatat pulangan tertinggi dalam lima tahun, manakala dividen KWSP naik kepada 6.3 peratus, tertinggi sejak 2017.
“Umpamanya, peluang pekerjaan,120,000 orang, pekerjaan baharu. Maknanya, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus (Disember 2024)” katanya lagi.
Tambahnya, peruntukan sistem persaraan juga meningkat RM10 bilion, manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM13 bilion, tertinggi dalam sejarah.
Baca juga: