Kebakaran Landa Tingkat Atas Menara 3 KLCC Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi, dipercayai melibatkan sebuah premis makanan dan minuman mewah di bangunan berkenaan.

Insiden berkenaan dirakam oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang menyaksikan kejadian itu dari kediamannya berhampiran lokasi.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di media sosial, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya, memetik Awani.

Tiada sebarang maklumat rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat berita ini disiarkan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat