Kebakaran Rumah Di Kampung PPH Karamunting

SANDAKAN: Suasana Kampung PPH Karamunting bertukar cemas apabila satu kebakaran besar dilaporkan berlaku sekitar pukul 2.40 pagi tadi.

Menurut penduduk, api marak dengan pantas sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Keadaan itu menimbulkan panik dalam kalangan penghuni yang bergegas menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing.

Setakat pukul 5.30 pagi, kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan oleh anggota bomba bagi mengawal kebakaran serta memastikan keselamatan penduduk.

Jumlah rumah yang terlibat masih belum dapat dipastikan, namun pihak berkuasa memberi jaminan maklumat rasmi akan dikemas kini sebaik sahaja siasatan selesai.

Insiden ini mengingatkan kembali tragedi besar di Kampung Bahagia, Batu Sapi pada 19 April lalu yang memusnahkan lebih 1,000 rumah dan menjejaskan ribuan penduduk.

Anda Mungkin Berminat