Oleh: Wahida Ramlan
PETALING JAYA: Presiden The Madani Official Team Malaysia, Muhammad Abdul Hasif Hakimi Azrul megucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerbangkan dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Pangkalan Udara Al Maza di Mesir pada 13 Ogos lalu.
Dua pesawat yang diterbangkan itu bagi menggalas misi membawa orang awam Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberikan rawatan.
Beliau turut memuji usaha dan pendekatan yang diambil oleh Anwar atas keberanian yang ditonjol dan menganggap tindakan berani itu sebagai sesuatu yang harus dibanggakan dan dihormati.
“Sekali lagi saya merasakan hiba apabila terdapat paparan perkongsian video dan gambar berkenaan anak-anak Palestin yang syahid akibat serangan zionis Israel laknatullah .

“Hiba menjadi duka menjadi bara, saya mengecam sekerasnya terhadap pemimpin Israel iaitu Benjamin Netanhayu yang semakin tidak berperikemanusian demi harta dan kuasa sanggup membunuh ribuan rakyat Palestin yang tidak bersalah .
“Ianya terdiri daripada golongan warga emas sehinggalah ke kanak-kanak ramai yang syahid terkorban akibat serangan hina oleh Israel laknatullah terhadap rakyat Palestin,” katanya menerusi satu kenyataan.