Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Kekuatan Kerajaan Madani hari ini adalah hasil daripada semangat kebersamaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh parti-parti dalam gabungan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal demikian yang menjadi teras kepada kestabilan sehingga hari ini.
“Saya tekankan bahawa kekuatan Kerajaan Madani hari ini disumbang oleh semangat kebersamaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh parti-parti gabungan.
“Semangat luar biasa ini menjadi pemangkin untuk terus membina negara yang lebih maju dan sejahtera,” ujarnya semasa menghadiri ‘Program Gotong-Royong dan Kenduri Rakyat’ di Kampung Pachitan, Port Dickson pada Ahad.
Sehubungan itu beliau mengharapkan dengan kestabilan serta kekuatan pentadbiran yang ada pada Kerajaan Madani akan terus membawa kemajuan ekonomi serta kesejahteraan untuk seluruh rakyat.
“Moga kestabilan dan kekuatan pentadbiran ini akan terus membawa kemajuan ekonomi serta kesejahteraan untuk seluruh rakyat,” katanya.
Pada perkembangan yang sama, memetik Buletin TV3, Perdana Menteri turut menegaskan kerajaan Madani yang berada di tatakelola beliau akan sentiasa mendengar keluhan rakyat walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil demi kebajikan rakyat.
“Tetapi di peringkat bawah masih ada sedikit kegelisahan, jadi kerajaan Madani prihatin kena dengar di bawah. Jadi bila dengar ada keresahan, kita cari jalan ringankan, ini maksud bila kita santuni,” katanya.
Baca juga: