Kejadian kebocoran bahan kimia telah berlaku di Mas Cargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pada Khamis.
Menurut Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Mohamad Maramit, insiden kebocoran bahan kimia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
“Anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya seramai 11 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa mengalami kecederaan melecur dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pasukan bomba telah menjalankan pemeriksaan terhadap guni-guni parcel yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia dengan menggunakan alat pengesan CFG, kertas litmus dan kertas pH (ukuran tahap asid dan alkali).
“Hasil pemeriksaan, tiada bacaan direkodkan dan bacaan udara adalah normal serta pasukan bomba bersama pasukan AFRS KIA dan pihak Mas Cargo bertindak menjalankan pemeriksaan satu persatu guni parcel yang disyaki mengandungi bahan kimia, tetapi tidak menemui sebarang bungkusan yang mengandungi bahan kimia tersebut,” katanya lagi.
Justeru itu, pihak bomba turut memaklumkan kepada pihak Mas Cargo untuk menghubungi semula pihak bomba jika sekiranya menjumpai sebarang tanda-tanda penemuan bahan tersebut.
Baca juga: